Wednesday, April 29, 2009

Jeddah part 1

Sebenarnya dah lama aku ingin menulis disini.. Cuma aku tak pandai nak mencreate blog ni.. Akhirnya ngan pertolongan sepupu akhirnya aku dapat jugak membukak satu blog tukku mengarang dan berkongsi cerita..

Jeddah.. dah hampir 5 bulan aku dibumi arab nie.. Masih aku ingat pertama kali menjejakkan kaki disini.. setibanya di airport.. aku terasa sungguh asing.. yang aku ingat ketika itu malam.. sampai jer di terminal.. terpaksa pulak beratur panjang.. aduh.. penat sungguh.. tapi alhamdulilah semua nyer berjalan lancar..

Sepanjang perjalanan ke rumah, yang aku nampak ketika itu hanyalah.. bangunan rumah yang tinggi nya cuma 2 atau 3 tingkat sahaja.. berlainan sekali bentuk rumah nya yang tidak berbumbung seperti rumah di Malaysia.. teringat pulak gambar2 rumah dalam buku cerita nabi2 yang pernah aku baca ketika kecik dahulu.. dan tak banyak pokok yang kelihatan.. mungkin malam kot...

3 comments:

  1. wei..mana gambar nyo..duk cerita jah nie

    ReplyDelete
  2. nntla... sabaula.. aku tak reti lagi nak guna blog nie..

    ReplyDelete
  3. bagus kak,...
    permulaan yg baru...ceta lebih byk lagi yer

    ReplyDelete